BUKIT UHUD PERLU DIPERTAHANKAN
Salam...
Walaupun hampir sebulan Majlis Konvokesyen UKM ke-37 diadakan, namun bagi graduan, kemeriahannya masih dirasai...Majlis Konvokesyen Sidang 4 telah disempurnakan oleh Tunku Laksamana Tuanku Naqiuddin Ibni Almarhum Tuanku Jaffar (Pro-CAnselor UKM)...Pada hari tersbut seramai lebih 1000 graduan telah menerima penganugerahan Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian dan Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian...Alhamdulillah berkat doa, usaha dan sokongan sahabat-sahabat lahirlah seorang graduan Zul Azfar Bin Azaha yang telah menerima penganugerahan Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian...Syukur Alhamdulillah...
Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih buat family yang telah banyak membantu selama berada dalam perjalanan menuntut ilmu sehingga mendapat segulung ijazah...Buat ayahanda dan bonda tercinta SYUKRAN KATHIRAN...Anakanda tak dapat nak balas segala jasa dan penat lelah ayahanda dan bonda mendidik anakanda selama ini...Harapan dan permintaan anakanda daripada ayahanda dan bonda...Doakan kejayaan anakanda dalam hidup agar ayahanda dan bonda dapat merasai sedikit nikmat berkat hasil usaha ayahanda dan bonda yang telah banyak bekorban untuk anakanda selama ini...
~ My Beloved Family ~
Buat 'housemate', terima kasih atas segalanya dan telah banyak membahagiakanku selama ini...Kasih sayang yang terbina antara kita kerana Allah taala...Andai aku berdosa maafkanlah, andai aku tersalah betulkan, andai aku terlanjur kata kembalikanlah aku...Semoga ukhuwah kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan bertemu di akhirat nanti...
~ My Housemate (tiada dalam gambar Ijoi) ~
~ Housemate yang free hair je taw ~
Buat semua sahabat seperjuangan yang telah berjaya mengaharungi segala liku-liku kehidupan kampus bagi memperolehi segulung ijazah, TAHNIAH dan SYABAS...Teruskan perjuangan dalam realiti hidup sebenar...Selamat menempuh alam pekerjaan dan mencapai segala cita-cita yang diimpikan selama ini...
~ Sahabat Ukhuwah Club ~
~ Sahabat Ukhuwah Club ~
Last but not least, buat adik-adik Ukhuwah Club, terima kasih kerana sudi hadir bagi memeriahkan Majlis Konvokesyen UKM Ke-37 Sidang 4. Teruskan perjuagan menegakkan Islam di bumi UKM tercinta, yang bakal menamatkan pengajian pada semester ini, wish you all best of luck...Do your best untuk dapatkan keje baik-baik...Yang lain serah pada rezeki, Dia maha mengetahui...
~ Adik-adik, sahabat & senior Ukhuwah Club UKM ~
Sekian sahaja coretan 'The End of Campus Life'...Apa yang diharapkan hanyalah doa daripada semua yang mengenali diri. Terima kasih sekali lagi dan maafkan segala salah dan silap selama kita berkenalan...Semoga berjumpa lagi...Wassalam..
Salam Ramadhan...
Sedar tak sedar masa berlalu, hampir 2 bulan aku di Hitachi dalam memulakan karier sejak tamat pengajian dan bergelar Graduan UKM 09. Masa berlalu begitu pantas, umur semakin hari semakin menghampiri kematian, namun kesibukan pada kerja keduniaan membuatkan kita sering lupa akan tanggungjawab pada agama. Namun alhamdulillah suasana persekitaran turut mendorong aku untuk terus dekat dengan pencipta.
Kini Ramadhan Kareem menjelma kembali. Alhamdulillah dalam kesibukan dengan kerja dunia, mari kita muhasabah diri sendiri dengan sedikit masa yang dikurniakan Allah...Ramadhan bulan mulia yang dikurniakan oleh Allah untuk umatNya beribadah dan mendekatkan diri pada Allah...Bukan itu sahaja, bulan ini jugalah bulan dimana kitab suci Al-Quran diturunkan sebagai panduan dan penunjuk jalan agar manusia tidak tersasar tujuan sebanar manusia diciptakan...Di dalam bulan Ramadhan terdapat satu hari yang dipanggil Nuzul Quran iaitu hari dimana Al-Quran tersebut diturunkan....
Ramai orang tidak menyedari bahawa Ramadhan juga merupakan bulan kemaafan dan berkasih sayang antara sesama manusia. Sabda Rasulullah SAW "Ramadhan awalnya rahmah, pertengahannya keampunan dan penghujungnya dibebaskan daripada api neraka". Kini Ramadhan telah sampai ke hujung fasa kedua iaitu fasa pengampunan. Namun dalam kesibukan dunia pernahkah kita memikirkan adakah kita benar-benar telah diampunkan??? Fikir-fikirkanlah...
Menjelang fasa ketiga iaitu pembebasan dari api neraka, maka sepatutnya kita sama-sama mengejar untuk merebut peluang merebut pahala sebagai bekalan apabila bertemu Illahi kelak. Andai ini Ramadhan terakhir buat kita, sudah cukupkah amalan kita selama ini??? Ayuh, di pengakhiran Ramashan kita sama-sama merebut peluang ibadah sebanya mungkin dan Allah telah memberikan peluang kepadaNya untuk memohon apa sahaja yang diingini oleh hambaNya...
Selamat beribadah dan mengejar malam lailatul qadar...