Salam...

Walaupun hampir sebulan Majlis Konvokesyen UKM ke-37 diadakan, namun bagi graduan, kemeriahannya masih dirasai...Majlis Konvokesyen Sidang 4 telah disempurnakan oleh Tunku Laksamana Tuanku Naqiuddin Ibni Almarhum Tuanku Jaffar (Pro-CAnselor UKM)...Pada hari tersbut seramai lebih 1000 graduan telah menerima penganugerahan Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian dan Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian...Alhamdulillah berkat doa, usaha dan sokongan sahabat-sahabat lahirlah seorang graduan Zul  Azfar Bin Azaha yang telah menerima penganugerahan Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian...Syukur Alhamdulillah...

Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih buat family yang telah banyak membantu selama berada dalam perjalanan menuntut ilmu sehingga  mendapat segulung ijazah...Buat ayahanda dan bonda tercinta SYUKRAN KATHIRAN...Anakanda tak dapat nak balas segala jasa dan penat lelah ayahanda dan bonda mendidik anakanda selama ini...Harapan dan permintaan anakanda daripada ayahanda dan bonda...Doakan kejayaan anakanda dalam hidup agar ayahanda dan bonda dapat merasai sedikit nikmat berkat hasil usaha ayahanda dan bonda yang telah banyak bekorban untuk anakanda selama ini...

~ My Beloved Family ~

Buat 'housemate', terima kasih atas segalanya dan telah banyak membahagiakanku selama ini...Kasih sayang yang terbina antara kita kerana Allah taala...Andai aku berdosa maafkanlah, andai aku tersalah betulkan, andai aku terlanjur kata kembalikanlah aku...Semoga ukhuwah kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan bertemu di akhirat nanti...

My Housemate (tiada dalam gambar Ijoi) ~

~ Housemate yang free hair je taw ~

Buat semua sahabat seperjuangan yang telah berjaya mengaharungi segala liku-liku kehidupan kampus bagi memperolehi segulung ijazah, TAHNIAH dan SYABAS...Teruskan perjuangan dalam realiti hidup sebenar...Selamat menempuh alam pekerjaan dan mencapai segala cita-cita yang diimpikan selama ini...

~ Sahabat Ukhuwah Club ~

~ Sahabat Ukhuwah Club ~

Last but not least, buat adik-adik Ukhuwah Club, terima kasih kerana sudi hadir bagi memeriahkan Majlis Konvokesyen UKM Ke-37 Sidang 4. Teruskan perjuagan menegakkan Islam di bumi UKM tercinta, yang bakal menamatkan pengajian pada semester ini, wish you all best of luck...Do your best untuk dapatkan keje baik-baik...Yang lain serah pada rezeki, Dia maha mengetahui...

~ Adik-adik, sahabat & senior Ukhuwah Club UKM ~

Sekian sahaja coretan 'The End of Campus Life'...Apa yang diharapkan hanyalah doa daripada semua yang mengenali diri. Terima kasih sekali lagi dan maafkan segala salah dan silap selama kita berkenalan...Semoga berjumpa lagi...Wassalam..

0 comments:

Post a Comment