Salam Ramadhan...
Sedar tak sedar masa berlalu, hampir 2 bulan aku di Hitachi dalam memulakan karier sejak tamat pengajian dan bergelar Graduan UKM 09. Masa berlalu begitu pantas, umur semakin hari semakin menghampiri kematian, namun kesibukan pada kerja keduniaan membuatkan kita sering lupa akan tanggungjawab pada agama. Namun alhamdulillah suasana persekitaran turut mendorong aku untuk terus dekat dengan pencipta.
Kini Ramadhan Kareem menjelma kembali. Alhamdulillah dalam kesibukan dengan kerja dunia, mari kita muhasabah diri sendiri dengan sedikit masa yang dikurniakan Allah...Ramadhan bulan mulia yang dikurniakan oleh Allah untuk umatNya beribadah dan mendekatkan diri pada Allah...Bukan itu sahaja, bulan ini jugalah bulan dimana kitab suci Al-Quran diturunkan sebagai panduan dan penunjuk jalan agar manusia tidak tersasar tujuan sebanar manusia diciptakan...Di dalam bulan Ramadhan terdapat satu hari yang dipanggil Nuzul Quran iaitu hari dimana Al-Quran tersebut diturunkan....
Ramai orang tidak menyedari bahawa Ramadhan juga merupakan bulan kemaafan dan berkasih sayang antara sesama manusia. Sabda Rasulullah SAW "Ramadhan awalnya rahmah, pertengahannya keampunan dan penghujungnya dibebaskan daripada api neraka". Kini Ramadhan telah sampai ke hujung fasa kedua iaitu fasa pengampunan. Namun dalam kesibukan dunia pernahkah kita memikirkan adakah kita benar-benar telah diampunkan??? Fikir-fikirkanlah...
Menjelang fasa ketiga iaitu pembebasan dari api neraka, maka sepatutnya kita sama-sama mengejar untuk merebut peluang merebut pahala sebagai bekalan apabila bertemu Illahi kelak. Andai ini Ramadhan terakhir buat kita, sudah cukupkah amalan kita selama ini??? Ayuh, di pengakhiran Ramashan kita sama-sama merebut peluang ibadah sebanya mungkin dan Allah telah memberikan peluang kepadaNya untuk memohon apa sahaja yang diingini oleh hambaNya...
Selamat beribadah dan mengejar malam lailatul qadar...
Posted by
Zul Azfar Azaha
0 comments:
Post a Comment