Salam...

Pada 12 September 2009, satu majlis telah diadakan bagi merapatkan kembali ukhuwah yang telah di bina di kalangan ahli Ukhuwah Club. Alhamdulillah walaupun majlis tampak ringkas, namun penuh pengertian buat semua yang hadir...Rata-rata yang hadir amat gembira kerana dapat bersua mata dengan sahabat-sahabat yang suatu ketika dahulu pernah bersama mengharungi susah senang berjuang di jalan Allah semasa di kampus...Sekarang masing-masing mempunyai komitmen tersendiri...Ada yang sudah mempunyai cahaya mata, ada yang bakal bertunang, ada yang akan mendirikan rumahtangga pun dalam masa terdekat ini...Namun semua alumni yang hadir kebanyakannya telah berjaya dalam karier masing-masing...


               ~ Ucapan Abg Is selaku wakil Alumni Ukhuwah Club~

~ Ucapan Akbar selaku Masul Ukhuwah Club 09 ~

Walaupun berpuas hati dengan kehadiran alumni dan wakil-wakil kampus, namun masih terdapat kekurangan terutama alumni yang telah mendirikan rumah tangga seperti Abg Syiful yang tak dapat hadir kerana baru mendapat cahaya mata, Kak Yati, Abg Dzul, Kak Imm, Kak Rahmah dan beberapa orang alumni lagi...Insyaallah, satu perancangan akan dibuat bagi mengumpulkan kesemua alumni Ukhuwah Club yang ada pada program yang akan dijalankan pada Syawal yang bakal menjelang iaitu ' Rumah Terbuka Ukhuwah Club '09'. Apa yang diharapkan doa sahabat-sahabat agar program ini dapat dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya...Satu jawatankuasa khas bagi program tersebut akan dibentuk untuk program tersebut...

~ Ucapan Adik Muzzammil selaku wakil junior Ukhuwah Club ~

~ Antara hadirin yang hadir ~

Apa yang memeranjatkan semua yang hadir, satu kejutan yang telah dibuat oleh akhi Syamir apabila beliau mengedarkan satu kad jemputannya. Bagai bermimpi di siang hari, tapi malam tetap malam...Walaupun terkejut dengan kejutan di buat namun ungkapan alhamdulillah dan tahniah diucapkan oleh hadirin...Bagi pihak Ukhuwah Club, kami mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' buat akhi Syamir & ukhti Sa'adiah yang akan melangsungkan perkahwinan pada 5 Oktober 2009 di Miri Sarawak...Dari jauh, kami panjatkan doa agar semuanya berjalan lancar...

~ Halaman Depan ~
~ Halaman tengah ~

Akhi kalam, semoga Allah memberkati majlis kita dan mengikat hati-hati kita atas dasar Ukhuwah Fillah...Semoga berjumpa lagi...

Wassalam...

0 comments:

Post a Comment