Salam lebaran...
Dikesempatan ini, pada 28 Ramadhan 1431H jam 12:45pm dengan ini menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan atas segala kesilapan, kesalahan, kekasaran bahasa dan perbuatan yang telah saya lakukan sepanjang perkenalan dengan semua...Halalkan segala makan dan minum, hutang piutang yang lupa nak dijelaskan walaupun saya amat alert dengan hutang orang...Mintak dihalalkan...
Syawal kali ini, sambutlah dengan penuh bermakna kerana Syawal yang diraikan adalah tanda kemenangan untuk seluruh umat Islam. Jangan diratapi mereka yang telah menghadap Illahi kerana itu lumrah sejak azali...Kunjungilah sanak saudara dan teman taulan yang telah dilupakan oleh masyarakat sekarang...Budaya berkunjung kini digantikan dengan hiburan yang disajikan di kaca televisyen membuatkan masyarakat sekarang malaz untuk menghidupkan budaya ziarah....Disamping kita bergembira, jangan dilupakan pada mereka yang kurang bernasib baik...Insafilah kita dengan nasib mereka dan jangan lupa mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan kepada kita...
Buat sahabat-sahabat yang pulang berhari raya di kampung halaman, selamat pulang ke kampung...yang tidak dapat pulang ke kampung especially (ADIK RAHMAH UC), jangan sedih ye dik...I'allah tahun depan balik la berhari raya kat kampung sepuas-puasnya....
Untuk semua housemate ( Bob, Zali & Ijoi) tercinta, maaf sangat-sangat andai segalanya melukakan kalian. Apa yang diharapkan, dengan berakhirnya Ramadhan dan menjelangnya Syawal, hubungan erat yang pernah terjalin di antara kita akan dapat kembali seperti dulu setelah di pukul oleh ombak dan taufan melanda...Sesungguhnya, ku amat merindui eratnya hubungan di antara kita suatu ketika dulu....
Buat adik tersayang ( Fikri ), abang mintak maaf banyak-banyak...Sepanjang perkenalan kita hampir 4 tahun, abang dah banyak buat salah dan ada yang menyakitkan adik...Dan segala apa yang abang lakukan adalah untuk kebaikan adik...Tapi satu jer abang nak cakap, adik tetap adik abang walauapapun ujian dan dugaan melanda di antara kita...Halalkan makan dan minum abang selama ini...
Akhiran, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN....Jemput la datang umah nanti...
Wassalam...
0 comments:
Post a Comment