Salam...

Bertemu kembali...Isu pemansuhan PPSMI yang diperjuangkan oleh GMI (Gabungan Pemansuhan PPSMI) kini menjadi topik perbualan seharian. Panasnya topik ini sehingga dibualkan di corong-corong radio, kaca-kaca televisyen, warga kampung tradisional sehingga golongan profesional...Pelbagai pendapat dan pandangan yang dikemukan oleh individu samada menyokong dan menentang keputusan pemansuhan PPSMI yang telah diputuskan oleh jemaah kabinet Malaysia...

Secara peribadi, saya amat menyokong keputusan tersebut yang mana mengambil kira maruah bahasa kebangsaan seterusnya maruah dan hak kita sebagai rakyat Malaysia berbangsa melayu ditambah pula dengan dasar ONE MALAYSIAN yang dibawa oleh PM ke-6 Dato' Seri Najib Tun Razak...Saya tidak mahu menyentuh soal ONE MALAYSIAN dalam posting kali ini...Namun apa yang ingin saya tekankan adalah alternatif yang boleh diambil oleh kerajaan dan rakyat malaysia yang ingin anak-anak kita mahir berbahasa Inggeris...Seperti yang telah diperkatakan oleh golongan pakar dan menteri, kerajaan akan mengambil langkah dalam meningkatkan keberkesanan pembelajaran bahasa Inggeris sebagai contoh memanjangkan waktu pembelajaran bagi subjek Bahasa Inggeris...Bagi saya kaedah ini lebih berkesan dalam memupuk kemahiran dalam dua bahasa sekaligus...Selain itu, kesan PPSMI ini perlu dilihat secara menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi yang berada di kawasan pedalaman...Mungkin masyarakat bandar mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen tetapi bagaimana yang tidak berkemampuan dan masyarakat luar bandar...Maka fikir-fikirkanlah...

Jika diimbas kembali asal usul...Kebanyakkan menteri dan golongan profesional dibesarkan dalam suasana melayu, bertutur dalam bahasa melayu, dan hidup dalam kampung-kampung melayu...Namun mereka tetap berjaya dalam kerjaya dan masih fasih berbahasa Inggeris...Apa salahnya jika kita meneruskan suasana tersebut di zaman yang lebih moden dan budaya melayu yang banyak telah dipinggirkan oleh masyarakat kini...Kadang-kadang pakaian tak melambangkan kemelayuan, adab sopan dan semakin terhakis dan ditambahkan pula bahasa perbualan harian yang menggunakan bahasa asing yang dibangga-banggakan....

Justeru, sebagai rakyat melayu yang mencintakan asal usul dan budaya melayu, saya amat menyokong keputusan jemaah kabinet yang akan memansuhkan dasar PPSMI pada 2012 walaupun harapan saya untuk melihat dasar PPSMI ini dimansuhkan serta merta...Apapun pemansuhan berperingkat ini diterima oleh kebanyakkan golongan....Waallahua'lam...

Sekian...



0 comments:

Post a Comment