Assalamualaikum wbt...

Salam pembuka bicara...Hari ni merupakan kali pertama saya posting dalam blog nie...Apapun kelemahan dan kesilapan saya minta maaf...Apa yang membataskan saya untuk posting dan create blog adalah dari segi masa semasa saya masih student dan skrg menyibukkan diri dengan kerja-kerja audit...Skrg alhamdulillah masih lagi belajar, tapi bukan sebagai student, tapi sebagai audit assistants di salah satu audit firm kat Bangi...Bumi Bangi betul-betul membuatkan saya rasa sayang untuk ditinggalkan. Majlis ilmu, gerakan jemaah, sahabat seperjuangan semuanya boleh dikatakan berpusat di Bangi...Tambahan pula Bangi dah di ishtihar sebagai Bangi Bandar Ilmu ketika kerajaan Pakatan Rakyat mula memerintah lima buah negeri selepas PRU 12.


Betul kata orang, kadang-kadang apa yang kita nak tak dapat dan apa yang kita tak nak tu lah yang kita akan dapat. Before habis study di bumi UKM, tak pernah plak saya terlintas nak keje kat audit firm memandangkan kerja yang banyak tapi gaji yang ciput...tapi kecintaan pada bumi Bangi membuatkan saya terpaksa menundukkan sifat egois yang sinonim dengan kaum Adam...Tapi apa yang berlaku skrg, nasib badan grad time resession, so company banyak nak cut cost, so nak tak nak kena grab la...Akhirnya, di audit firm jugak la saya...Tak pe lah asalkan rezeki yang halal dinikmati...Tak khianat orang, tak wat jahat kat orang sudah la...Bak kata Abg Shiful senior yang berjaya kadirkan saya di bumi UKM, "apapun Zul, banyakkan bersyukur sbb Allah akan tambah nikmat pada hamba yang bersyukur dan Allah akan tarik nikmat bagi yang kufur....Lagi satu abg ingatkan Zul, ringankan tangan untuk bersedekah terutama pada Jemaah....Insyaalllah rezeki Allah lagi banyak akan dapat...jangan kedekut tu jer". Akhir pesanan Abg Shiful "maaf la Zul, sbb abg da terbiasa bagi nasihat". Apapun syukran kathiran kat Abg Shiful...Bagi saya pesanan dari seseorang amat bermakna sebab kadang-kadang saya nie lalai, lagho...So bila diingatkan rasa seronok sangat...Bagi saya nasihat seorang sahabat lagi bermakna dari duit ringgit yang diberi...


Betul kata Mummy sebelum saya berangkat keluar daripada kepompong keluarga untuk ke UKM, "adik jaga diri elok-elok kat tempat orang, pilih kawan yang dapat bimbing kita, dekatkan diri dengan surau dan masjid sbb kat situ lah kilang untuk produce orang baik-baik". Alhamdulillah berkat ikut pesanan Mummy, saya skrg rasa senang dengan kawan-kawan dan adik-adik. Tipu la kalau saya cakap tak penah terasa hati dalam berkawan, sikit sebanyak mesti ada, biasala tu...Adik beradik satu mak satu ayah pon berbeza pendapat nie kan pulak orang lain...Tapi tu sume cabaran bersahabat dan mematangkan diri untuk berjumpa dengan pelbagai lagi ragam manusia ciptaan Allah pada masa akan datang...


Rasanya cukuplah untuk posting pertama nie, nie pun wat time lunch hour...Alhamdulillah semoga berjumpa lagi...Nantikan posting-posting akan datang...Komen dan cadangan sahabat-sahabat dialu-alukan...Waalhua'lam...

0 comments:

Post a Comment